Net Worth
|
||
Age
|
41
|
|
Source of wealth
|
Clear Insight Technology Sdn. Bhd
|
|
Marital Status
|
SIAPA
sangka wanita yang berusia 39 tahun ini adalah usahawan bumiputera pertama yang
mengusahakan perniagaan sport rim kereta yang biasanya dilakukan oleh kaum
lelaki dan bangsa lain. Pemilik syarikat Clear Insight Technology Sdn. Bhd.,
iaitu Siti Mariam Abdullah kini boleh berbangga apabila kedudukannya kini
setanding dengan bangsa lain yang mengusahakan perniagaan yang sama. Katanya, memang sukar untuk memulakan perniagaan yang biasanya
dilakukan oleh kaum lelaki itu tetapi berpegang kepada prinsip ingin berjaya
dan kaum wanita juga boleh maju ia menjadi pembakar semangatnya.
"Sport rim kereta yang diusahakan
oleh kilang saya di Sungai Petani ini menjadi pembekal kepada syarikat Naza dan
Proton, sekarang kami ingin meluaskan pasaran lagi kepada orang ramai yang
berminat untuk menjadi pembekal di pasaran terbuka," ujarnya ketika di
temui Kosmo! di Pendang semalam. Syarikat Clear Insight Technology Sdn. Bhd. adalah antara
syarikat tempatan yang mengambil bahagian dalam Karnival Silatulrahim dan Expo
Perdagangan 2008 (Karsep) di Stadium Mini, Pendang yang bermula 18 hingga 20
Disember ini.
Tambah Siti Mariam, platform di Karsep diharap dapat membuka jalan dan dijadikan strategi pemasaran untuk mencari pembekal rim syarikatnya di pasaran terbuka tempatan. "Target saya adalah untuk melihat kereta nasional atau kereta import memakai rim tempatan yang diusahakan oleh bangsa kita sendiri. "Kualiti syarikat kami tidak kurang hebatnya dengan rim yang diimport dari China dan Eropah," jelasnya. Kata beliau, apa yang ditawarkan oleh syarikatnya sudah tentu rim yang jauh lebih murah daripada yang diimport di samping menjaga kualiti dari segi ketahanannya. "Rim bersaiz 14 dijual dengan harga serendah RM400 sehingga saiz 16 dengan harga RM1,000.

No comments:
Post a Comment