Pages - Menu

Pages

Monday, May 6, 2013

Adjustable Wheel Chair


Rekaan Mohd Khairuddin Bin Haji Ali Musa dan rakan-rakan. Adjustable Wheel Chair adalah untuk memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la mempunyai ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat lain. Kerusi roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg.Kerusi roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar dan alas kaki juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit.

Kebaikan inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti harian. Produk ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit yang kurang upaya dan warga tua.

No comments:

Post a Comment