Tokoh:
Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah
Umur: 46
Syarikat:
D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd
Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah,
bukanlah satu nama baru dalam bidang keusahawanan. Malah nama beliau cukup
dikenali bukan sahaja sebagai usahawanita yang berjaya tetapi juga pengasas
produk kecantikan dan kesihatan yang dipercayai iaitu D’Navechee Beauty (M) Sdn
Bhd. Dato Azlina bukan sahaja menerajui syarikat D’Navechee malahan beliau juga
menerajui belasan syarikat dalam pelbagai bidang. Selama hampir 10 tahun
menceburi bidang perniagaan dan pelbagai kejayaan yang dikecapi hari ini turut
meletakkan nama beliau di antara jutawan tanah air.
Melihatkan pengorbanan dan kesusahan
seorang ibu yang membesarkan anak-anak selepas kematian bapanya membuatkan
beliau berazam untuk membantu mengurangkan bebanan ibu tersayang telah
mendorong beliau untuk berdikari, sekaligus terpaksa melupakan impian untuk
menyambung pengajian dan menjadi peguam. Meskipun cita-cita beliau tidak tercapai,
namun beliau pernah mempunyai pengalaman bekerja sebagai Kerani Am di sebuah
firma guaman terkenal di Kota Bharu. Setelah 6 tahun bekerja akhirnya beliau
nekad untuk meletakkan jawatan bagi memulakan perniagaan. Beliau
memulakan langkah pertama dengan membuka kedai batik di Pasar Besar Siti
Khadijah dan dari saat itulah minat untuk berniaga mula menguasai jiwa dan
raganya. Beliau juga pernah pernah bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran dan
berpengalaman sebagai ‘trainer’ dan ‘motivator’ dalam bidang keusahawanan bagi
beberapa syarikat bumiputera.
Pada tahun 1996, beliau menimba
pengalaman dalam sebuah syarikat jualan langsung dengan bermula sebagai
pengedar bebas. Pada tahun itu juga beliau mula dapat merasakan yang perniagaan
jualan langsung adalah suatu perniagaan yang mempunyai potensi dan mampu
memberi perubahan kepada kehidupan mereka yang mahu memulakan sesuatu yang
kecil tetapi akhirnya akan menjadi besar. Berbekalkan pengalaman sebagai
pengedar bebas di beberapa buah syarikat MLM yang lebih mengutamakan keuntungan
semata-mata tanpa memberi keadilan kepada pengedar dan pengguna telah
membuatkan beliau sepakat dan nekad bersama suami beliau iaitu Dato’ Stapa
untuk menubuhkan syarikat pertama iaitu syarikat jualan langsung yang dikenali
sebagai De Classic Life (M) Sdn Bhd atau (DCL) pada
tahun 1998. DCL sebuah syarikat yang berorientasikan sistem MLM tulen yang memberi
peluang kepada para pengedar untuk mengubah kehidupan dan alhamdulilallah,
syarikat beliau telah berjaya menduduki ‘Top 5’ dalam barisan syarikat jualan
langsung dan telah melahirkan ratusan ribu pengedar dan puluhan jutawan.
Beliau
turut memiliki belasan syarikat di dalam pelbagai bidang dan memegang jawatan
sebagai Pengasas / Pengarah Urusan / Pengarah Kewangan / Pengarah Operasi.
Berikut adalah senarai syarikat-syarikat kumpulannya:
1. D’Navechee
Beauty (M) Sdn Bhd
2. D’Navechee Global Marketing Sdn Bhd
3. Butik & Spa D’Navechee (M) Sdn Bhd
4. D’Navechee Beauty (S) Pte. Ltd
5. De Classic Life (M) Sdn. Bhd.
6. De Classic Manufacturing (M) Sdn Bhd
7. De Classic Life Global (S) Pte. Ltd.
8. PT De Classic Life Worldwide Indonesia
9. PT De Classic Life Worldwide Thailand
10. PT De Classic Life Indonesia
11. De Eagle Motivation Centre
12. Rangkaian Nasi Dagang Ulik Mayang
13. Gigatronics (M) Sdn Bhd.
14. DAS Travel & Tour Sdn Bhd.
15. DAS Property & Development Sdn Bhd.
16. DAS Publishing Sdn. Bhd.
2. D’Navechee Global Marketing Sdn Bhd
3. Butik & Spa D’Navechee (M) Sdn Bhd
4. D’Navechee Beauty (S) Pte. Ltd
5. De Classic Life (M) Sdn. Bhd.
6. De Classic Manufacturing (M) Sdn Bhd
7. De Classic Life Global (S) Pte. Ltd.
8. PT De Classic Life Worldwide Indonesia
9. PT De Classic Life Worldwide Thailand
10. PT De Classic Life Indonesia
11. De Eagle Motivation Centre
12. Rangkaian Nasi Dagang Ulik Mayang
13. Gigatronics (M) Sdn Bhd.
14. DAS Travel & Tour Sdn Bhd.
15. DAS Property & Development Sdn Bhd.
16. DAS Publishing Sdn. Bhd.
Melalui
syarikat-syarikat ini, Dato’ Azlina Hj. Che Abdullah telah mampu membantu dalam
peningkatan ekonomi Negara, dan masyarakat Islam khususnya. Kejayaan beliau
dalam melahirkan ratusan ribu usahawan-usahawan daripada berbagai profesion
yang mampu berdikari dan mempunyai kebebasan kewangan. Syarikat beliau juga
telah banyak membantu ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan dan
kecantikan, membina rumahtangga yang lebih bahagia, membantu perkembangan minda
anak-anak agar lebih cemerlang dan mengurangkan pengangguran.
Kejayaan
yang dikecapi oleh Dato Azlina sering menjadi buruan pihak media dan stesen tv
yang ingin menjadikan beliau sebagai idola dalam perniagaan bukan sahaja kepada
golongan wanita, malahan turut menjadi idola bagi golongan lelaki yang ingin
berjaya sperti beliau. Beliau juga diberi kepercayaan oleh syarikat penerbitan
terkemuka Kumpulan Karangkraf dalam Sudut Motivasi di dalam majalah MIDI bagi
ruangan ‘Bagaimana Mencipta Kejayaan Bersama’ dan majalah Mingguan Wanita bagi
ruangan ‘Minda Wanita’. Syarikat penerbitan iaitu Utusan Karya turut memberi
kepercayaan kepada beliau untuk menulis di dalam majalah Wanita bagi ruangan
‘Kearah Keusahawanan Berjaya Bersama Dato Azlina’ dan majalah Harmoni bagi
ruangan ‘Motivasi Kejayaan & Jati Diri Bersama Dato Azlina’.
Ruangan-ruangan tersebut yang menjurus kepada motivasi, tips-tips mencipta
kegemilangan dalam perniagaan dan bagaimana mengimbangi tanggungjawab sebagai
seorang isteri, ibu dan ahli perniagaan yang berjaya telah mendapat tindak
balas yang membanggakan daripada pembaca yang inginkan maklumat sedemikian.
Selain itu juga Dato Azlina sering dipanggil untuk memberikan ceramah / seminar
keusahawanan berkisarkan kejayaan beliau yang menjalankan perniagaan tanpa
mendapatkan mana-mana pinjaman kewangan.
Meskipun beliau berjaya di dalam
perniagannya, beliau tidak pernah lupa kepada insan dan golongan yang
memerlukan bantuan. Kerja-kerja amal dan kebajikan terus dilakukan bagi
membantu mengurangkan beban golongan yang kurang bernasib baik.
Sumber:
2) http://ziezadi.wordpress.com/about/
No comments:
Post a Comment