Monday, May 6, 2013

Bi-ethanol Feul from ubikayu (Penghasilan Biotanol daripada Ubikayu)


Dihasilkan oleh pereka muda Ku Syahidah Ku Ismail. Kanji yang diekstrak daripada ubi kayu dihidrolisis dengan enzim untuk ditukarkan menjadi glukosa. Glukosa tersebut ditukar menjadi etanol melalui proses penapaian menggunakan yis Sacharomyces cerevisiae. Bioetanol yang terhasil daripada proses ini akan melalui proses penyulingan untuk mendapatkan etanol yang tulen. Bioethanol yang dihasilkan akan diubah komposisinya untuk menjadikan ia sesuai Sebagai kegunaan minyak kereta. Bioetanol adalah salah satu bahan bakar biologi yang boleh diperbaharui dan mempunyai kehendak yang tinggi terutamanya di Negara Asia. Bioetanol boleh digunakan sebagai gantian  ataupun penambahan kepada, bahan bakar gasoline and diesel dalam aplikasi pengangkutan dan bukan pengangkutan disebabkan pengurangan penyimpanan petroleum.

Walaupun Malaysia belum didedahkan dengan penggunaan bioetanol sebagai bahan bakar alternatif, namum produk ini digambarkan dapat menjadi satu produk yang dikehendaki pada masa akan datang memandangkan peningkatan harga petroleum dunia. Kebanyakan negara maju seperti Brazil, China, Canada dan sebagainya telah mengaplikasikan bahan bakar alternatif dalam penggunaan enjin kereta mereka.

0 comments:

Post a Comment