Welcome to WiTech website.

Freedom To Connect

Description.
Showing posts with label Usahawan Graduan. Show all posts
Showing posts with label Usahawan Graduan. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Mohd Shahrul Daud



Graduate
UPM
Age
27
Source of Wealth
MND Agroternak Farm
Marital Status


Source
Utusan

Berkelulusan Diploma Pertanian memilih untuk mengusahakan sembilan projek pertanian dan asas tani di beberapa lokasi sekitar Kulim.
Projek tersebut ialah menternak lembu tenusu, lembu pedaging, itik telur, tanaman pisang berangan dan emas, tanaman nenas, tanaman fertigasi (cili merah dan terung), produk hiliran (telur masin dan dadih) dan baja kompos.
Menurut Mohd. Shahrul, penglibatan aktif dalam bidang pertanian bermula kira-kira tiga tahun lalu setelah melihat potensi luas di samping teruja dengan konsep Pertanian Adalah Perniagaan yang diperkenalkan kerajaan.

Mohd. Shahrul yang pernah memenangi hadiah Anugerah Usahawan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Kedah 2007 dan Anugerah Belia Kedah 2007 (Wira Tani) berharap dapat menambah bekalan susu pada masa akan datang.
Sementara itu, Mohd. Shahrul turut menternak lebih 1,000 ekor itik jawa yang mampu menghasilkan telur kira-kira 750 butir sehari.

Harfirdaus Che Lah



Graduate

Age
25
Source of wealth
Perfect Fresh and Frozen
Marital Status


Tidak ada yang lebih istimewa bagi seorang siswazah apabila berpeluang menimba pengalaman sebagai pengurus operasi perniagaan peruncitan dan pemborong sedangkan baru sahaja menggenggam segulung ijazah. Lebih istimewa, kerjaya barunya menuntut lebih usaha untuk mendapatkan pengetahuan kerana ia berkaitan pemasaran produk berasaskan ternakan, sedangkan  ijazah yang dimiliki dalam bidang kejuruteraan elektrik. Harfirdaus Che Lah yang memegang jawatan Eksekutif Operasi, Perfect Fresh and Frozen nyata enggan menambah bebanan fikirannya bahawa bidang yang agak asing baginya boleh menjadi batu penghalang mencapai kejayaan. Malah dia yang pernah bertugas sebagai pelatih pengurus di sebuah syarikat makanan segera akan memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk memajukan syarikat berkenaan yang baru membuka outlet di Jalan Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.

Syarikat yang diuruskan oleh KMJ Supplies Sdn. Bhd itu beroperasi sebagai pemborong dan peruncit bekalan daging lembu, kambing Boer, rusa, unta, burung unta, arnab dan ayam kampung. Selain itu, syarikat terbabit juga memasarkan ayam turki, burung puyuh, itik dan susu kambing. Syarikat terbabit menawarkan sistem francais kepada mana-mana pengusaha yang berminat memasarkan produk-produk berkenaan, dengan tujuan membantu pengusaha ladang di peringkat pengeluaran untuk memasarkan hasil mereka. “Ada masa ini, kami memperoleh bekalan dari merata tempat di seluruh negara dan ini sekali gus dapat pengusaha memasarkan hasil ladang mereka,” kata Harfirdaus. Sebagai contoh, bekalan ayam kampong diperoleh dari projek penternakan membabitkan ibu tunggal di Kuala Selangor, burung puyuh (Pulau Pinang), itik (Tampin), arnab (Broga) dan burung unta dari Beranang, Selangor. Pengusaha menghantar bekalan daging mereka selepas diproses manakala syarikat terbabit membungkusnya dengan potongan dengan saiz tertentu memudahkan suri rumah menyediakannya untuk dimasak. Apa yang pasti, konsep pemasaran bekalan produk berasaskan daging itu memperkenalkan konsep baru dalam pemasaran daging yang bukal sahaja, segar tetapi halal dan bersih. Menurut Harfirdaus, meskipun baru dibuka pada 24 November lepas, pengunjung sudah mula memenuhi outlet tersebut sejak awal pagi khususnya pada hari cuti. Ini kerana konsep yang mudah untuk membuat pilihan dan jenis daging ternakan yang pelbagai, mendorong mereka mendapatkan produk yang diperlukan. Meskipun tidak semua daging yang dijual hasil daripada ladang ternakan tempatan, syarikat terbabit menjanjikan produk yang segar dan berkualiti. Malah, selain pasaran runcit, pengguna juga boleh membuat tempahan untuk mendapatkan daging yang dikehendaki dan akan dihantar ke destinasi yang diminta Menurut Harfirdaus, pihaknya juga menyasarkan kepada syarikat penyajian makanan (catering) kerana ia menawarkan satu pasaran besar bagi bekalan daging mentah. Selain itu, syarikat terbabit juga membekalkan susu kambing segar berjenama Vcals ke beberapa buah hospital selain dijual secara runcit.

Siti Mariam Abdullah



Net Worth

Age
41
Source of wealth
Clear Insight Technology Sdn. Bhd
Marital Status


SIAPA sangka wanita yang berusia 39 tahun ini adalah usahawan bumiputera pertama yang mengusahakan perniagaan sport rim kereta yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki dan bangsa lain. Pemilik syarikat Clear Insight Technology Sdn. Bhd., iaitu Siti Mariam Abdullah kini boleh berbangga apabila kedudukannya kini setanding dengan bangsa lain yang mengusahakan perniagaan yang sama. Katanya, memang sukar untuk memulakan perniagaan yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki itu tetapi berpegang kepada prinsip ingin berjaya dan kaum wanita juga boleh maju ia menjadi pembakar semangatnya.

"Sport rim kereta yang diusahakan oleh kilang saya di Sungai Petani ini menjadi pembekal kepada syarikat Naza dan Proton, sekarang kami ingin meluaskan pasaran lagi kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi pembekal di pasaran terbuka," ujarnya ketika di temui Kosmo! di Pendang semalam. Syarikat Clear Insight Technology Sdn. Bhd. adalah antara syarikat tempatan yang mengambil bahagian dalam Karnival Silatulrahim dan Expo Perdagangan 2008 (Karsep) di Stadium Mini, Pendang yang bermula 18 hingga 20 Disember ini.

Tambah Siti Mariam, platform di Karsep diharap dapat membuka jalan dan dijadikan strategi pemasaran untuk mencari pembekal rim syarikatnya di pasaran terbuka tempatan. "Target saya adalah untuk melihat kereta nasional atau kereta import memakai rim tempatan yang diusahakan oleh bangsa kita sendiri. "Kualiti syarikat kami tidak kurang hebatnya dengan rim yang diimport dari China dan Eropah," jelasnya. Kata beliau, apa yang ditawarkan oleh syarikatnya sudah tentu rim yang jauh lebih murah daripada yang diimport di samping menjaga kualiti dari segi ketahanannya. "Rim bersaiz 14 dijual dengan harga serendah RM400 sehingga saiz 16 dengan harga RM1,000.

Mohd Zalalnudin



Graduate
UMS
Age
33
Source of wealth
Star Arowana
Marital Status


Sebagai seorang saintis yang mengkaji kehidupan flora dan fauna menjadi titik tolak kepada Mohd. Zalalnudin Latipi, 31, membuka sebuah kedai menjual spesies ikan terancam kelisa atau juga dikenali sebagai arowana. Demi minatnya yang berputik sejak kecil Mohd. Zalalnudin nekad meninggalkan jawatannya sebagai seorang saintis. Minatnya kian bercambah apabila beliau berjaya menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sosiologi Pemuliharaan di Universiti Malaysia Sabah. Ikan kelisa kepada Mohd. Zalalnudin bukan sekadar ikan hiasan malah kepada mereka yang tahu menilainya, ia boleh menjadi sumber pendapatan. Harganya mampu mencecah ribuan ribu ringgit selain ia digemari oleh kaum Cina di negara ini yang dipercayai membawa tuah kepada pemiliknya. Namun Mohd. Zalalnudin tidak menyangka hobinya yang suka memelihara ikan itu mampu memberikannya sumber pendapatan tetap kepadanya.

Mohd. Zalalnudin tidak menyangka, kedai yang baru dibukanya itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat malah ikan kelisa juga mendapat permintaan daripada orang Melayu.

Rusila Yusof



Graduate
UKM
Age
34
Source of wealth
Fatisha Agro Farm
Marital Status


Latarbelakang Akademik: Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian dalam bidang Teknologi Kimia (UKM) tahun 2003 dan Sarjana Sains Kimia (UKM) pada 2007.

Berhasrat untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya dalam bidang cendawan. Bukan hanya setakat menjadi penanam cendawan, tetapi meluaskan skop dengan meneroka pelbagai bidang yang berkaitan dengannya.

Musleha Zainuddin



Graduate
UUM
Age
30
Source of wealth
MHP Enterprise
Marital Status


Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Musleha berjaya membawa pelbagai peningkatan kepada produk jenama Masri dan MHP Enterprise.
Sebagai pengurus MHP Enterprise, Musleha berjaya melonjakkan jualan kasar selain mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha membawa produk syarikat ke pasaran yang lebih luas.
Mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan MHP Enterprise kini mempunyai 40 orang pekerja tetap dan sementara.
Bukan itu saja, kini MHP Enterprise juga menjadi pusat jualan untuk produk-produk makanan ringan tradisional yang diusahakan oleh penduduk sekitar.
Kini MHP Enterprise banyak menerima pelawat yang menginap di hotel dan inap desa sekitar Kuala Selangor, Sekinchan dan kawasan sekitarnya selain peserta kursus dari agensi kerajaan dan swasta.
MHP Enterprise akan terus memandang ke hadapan dan disasarkan selepas ini, syarikat terbabit akan mengembangkan perusahaannya dengan mewujudkan lebih banyak cawangan.
Di samping peningkatan kualiti terhadap produk melalui kerjasama penyelidikan bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Sirim Berhad dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di harap produk selepas ini boleh menembusi dan bersaing di pasaran global pula.