Welcome to WiTech website.

Freedom To Connect

Description.

Friday, May 24, 2013

Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah








Tokoh: Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah
Umur: 46
Syarikat: D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd

Dato’ Azlina bt. Hj. Che Abdullah, bukanlah satu nama baru dalam bidang keusahawanan. Malah nama beliau cukup dikenali bukan sahaja sebagai usahawanita yang berjaya tetapi juga pengasas produk kecantikan dan kesihatan yang dipercayai iaitu D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd. Dato Azlina bukan sahaja menerajui syarikat D’Navechee malahan beliau juga menerajui belasan syarikat dalam pelbagai bidang. Selama hampir 10 tahun menceburi bidang perniagaan dan pelbagai kejayaan yang dikecapi hari ini turut meletakkan nama beliau di antara jutawan tanah air.
Melihatkan pengorbanan dan kesusahan seorang ibu yang membesarkan anak-anak selepas kematian bapanya membuatkan beliau berazam untuk membantu mengurangkan bebanan ibu tersayang telah mendorong beliau untuk berdikari, sekaligus terpaksa melupakan impian untuk menyambung pengajian dan menjadi peguam. Meskipun cita-cita beliau tidak tercapai, namun beliau pernah mempunyai pengalaman bekerja sebagai Kerani Am di sebuah firma guaman terkenal di Kota Bharu. Setelah 6 tahun bekerja akhirnya beliau nekad untuk meletakkan jawatan bagi memulakan perniagaan.  Beliau memulakan langkah pertama dengan membuka kedai batik di Pasar Besar Siti Khadijah dan dari saat itulah minat untuk berniaga mula menguasai jiwa dan raganya. Beliau juga pernah pernah bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran dan berpengalaman sebagai ‘trainer’ dan ‘motivator’ dalam bidang keusahawanan bagi beberapa syarikat bumiputera.
Pada tahun 1996, beliau menimba pengalaman dalam sebuah syarikat jualan langsung dengan bermula sebagai pengedar bebas. Pada tahun itu juga beliau mula dapat merasakan yang perniagaan jualan langsung adalah suatu perniagaan yang mempunyai potensi dan mampu memberi perubahan kepada kehidupan mereka yang mahu memulakan sesuatu yang kecil tetapi akhirnya akan menjadi besar. Berbekalkan pengalaman sebagai pengedar bebas di beberapa buah syarikat MLM yang lebih mengutamakan keuntungan semata-mata tanpa memberi keadilan kepada pengedar dan pengguna telah membuatkan beliau sepakat dan nekad bersama suami beliau iaitu Dato’ Stapa untuk menubuhkan syarikat pertama iaitu syarikat jualan langsung yang dikenali sebagai De Classic Life (M) Sdn Bhd atau (DCL) pada tahun 1998. DCL sebuah syarikat yang berorientasikan sistem MLM tulen yang memberi peluang kepada para pengedar untuk mengubah kehidupan dan alhamdulilallah, syarikat beliau telah berjaya menduduki ‘Top 5’ dalam barisan syarikat jualan langsung dan telah melahirkan ratusan ribu pengedar dan puluhan jutawan.
Beliau turut memiliki belasan syarikat di dalam pelbagai bidang dan memegang jawatan sebagai Pengasas / Pengarah Urusan / Pengarah Kewangan / Pengarah Operasi. Berikut adalah senarai syarikat-syarikat kumpulannya:

1.    D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd
2.    D’Navechee Global Marketing Sdn Bhd
3.    Butik & Spa D’Navechee (M) Sdn Bhd
4.    D’Navechee Beauty (S) Pte. Ltd
5.    De Classic Life (M) Sdn. Bhd.
6.    De Classic Manufacturing (M) Sdn Bhd
7.    De Classic Life Global (S) Pte. Ltd.
8.    PT De Classic Life Worldwide Indonesia
9.    PT De Classic Life Worldwide Thailand
10.    PT De Classic Life Indonesia
11.    De Eagle Motivation Centre
12.    Rangkaian Nasi Dagang Ulik Mayang
13.    Gigatronics (M) Sdn Bhd.
14.    DAS Travel & Tour Sdn Bhd.
15.    DAS Property & Development Sdn Bhd.
16.    DAS Publishing Sdn. Bhd.

Melalui syarikat-syarikat ini, Dato’ Azlina Hj. Che Abdullah telah mampu membantu dalam peningkatan ekonomi Negara, dan masyarakat Islam khususnya. Kejayaan beliau dalam melahirkan ratusan ribu usahawan-usahawan daripada berbagai profesion yang mampu berdikari dan mempunyai kebebasan kewangan. Syarikat beliau juga telah banyak membantu ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan dan kecantikan, membina rumahtangga yang lebih bahagia, membantu perkembangan minda anak-anak agar lebih cemerlang dan mengurangkan pengangguran.

Kejayaan yang dikecapi oleh Dato Azlina sering menjadi buruan pihak media dan stesen tv yang ingin menjadikan beliau sebagai idola dalam perniagaan bukan sahaja kepada golongan wanita, malahan turut menjadi idola bagi golongan lelaki yang ingin berjaya sperti beliau. Beliau juga diberi kepercayaan oleh syarikat penerbitan terkemuka Kumpulan Karangkraf dalam Sudut Motivasi di dalam majalah MIDI bagi ruangan ‘Bagaimana Mencipta Kejayaan Bersama’ dan majalah Mingguan Wanita bagi ruangan ‘Minda Wanita’. Syarikat penerbitan iaitu Utusan Karya turut memberi kepercayaan kepada beliau untuk menulis di dalam majalah Wanita bagi ruangan ‘Kearah Keusahawanan Berjaya Bersama Dato Azlina’ dan majalah Harmoni bagi ruangan ‘Motivasi Kejayaan & Jati Diri Bersama Dato Azlina’. Ruangan-ruangan tersebut yang menjurus kepada motivasi, tips-tips mencipta kegemilangan dalam perniagaan dan bagaimana mengimbangi tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu dan ahli perniagaan yang berjaya telah mendapat tindak balas yang membanggakan daripada pembaca yang inginkan maklumat sedemikian. Selain itu juga Dato Azlina sering dipanggil untuk memberikan ceramah / seminar keusahawanan berkisarkan kejayaan beliau yang menjalankan perniagaan tanpa mendapatkan mana-mana pinjaman kewangan.

Meskipun beliau berjaya di dalam perniagannya, beliau tidak pernah lupa kepada insan dan golongan yang memerlukan bantuan. Kerja-kerja amal dan kebajikan terus dilakukan bagi membantu mengurangkan beban golongan yang kurang bernasib baik.

Sumber:
2) http://ziezadi.wordpress.com/about/

Aziah Jasmin Azizul Hassan








Tokoh: Aziah Jasmin Azizul Hassan
Umur: 36
Syarikat: Star Studio Image Consultancy

Kerjayanya bermula apabila Aziah menjadi pengacara dan pembaca berita dengan stesen televisyen terkemuka, TV3, selama tujuh tahun. Dalam jangka masa itu, Aziah berjaya menimba ilmu sebanyak mungkin dalam bidang vokal dan komunikasi melalui pelbagai latihan yang diikutinya. 
Aziah memperoleh Sijil Kelulusan daripada ‘Studio 7 Grooming & Modeling School’ di Ipoh, Perak sebaik sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) pada 1989.Bagi Aziah, kursus penampilan diri dan etika yang diikutinya itu berjaya membentuk personalitinya menjadi lebih positif dan berkeyakinan. Sejurus selepas itu, Aziah menyambung pengajiannya di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan mendapat kelulusan Diploma Sains. Minat dalam bidang pembentukan imej dan penampilan diri disambung lagi apabila Aziah mengikuti kursus kecantikan dan dandanan rambut dengan memperoleh kelulusan Diploma daripada ‘International Federation of Aestheticians (IFA) dan ‘World Masters Beautician’ pada 2003, dan seterusnya mendapat Diploma Dandanan Rambut daripada ‘A Cut Above Hairstyling Academy’ pada 2005.
Sejak menubuhkan syarikat rundingan imej sendiri, Star Studio pada Disember 2002, Aziah mula menawarkan perkhidmatannya sebagai jurulatih dan penceramah melalui kursus imej, komunikasi, etika, pembangunan diri dan sebagainya, mengikut permintaan pelanggan yang kebanyakannya daripada agensi kerajaan, institusi pngajian tinggi serta syarikat tempatan dan antarabangsa.Aziah turut bergiat mengembangkan bidang profesion perunding imej di negara ini melalui perkongsian ilmu penampilan bersama perunding imej dari seluruh dunia menerusi ‘Association of Image Consulting International (AICI)’. Aziah juga sering menyumbangkan rencana berkenaan imej dan kecantikan kepada beberapa majalah wanita tempatan, terutama majalah Jelita.
Memandangkan pendidikan dan perkongsian ilmu begitu dekat di hatinya, Aziah amat berharap buku ‘The Pink Book’ tulisannya akan memberi inspirasi kepada gadis dan wanita di seluruh dunia, bukan sahaja untuk membentuk imej dan keyakinan diri, malah lebih penting, semangat diri untuk berjaya sebagai seorang wanita dalam kehidupan ini. Buku ‘The Pink Book’ diterbitkan dalam bentuk dwibahasa dan dijual pada harga RM45 senaskhah. Ia telah berada di pasaran sejak 28 Februari lalu dan telah 
“Alhamdulillah, akhirnya buku ini dilancarkan juga dipasaran. Buku ini menyentuh tentang penampilan asas tentang kecantikan fizikal. “Saya menerbitkan buku ini untuk berkongsi ilmu sejak 17 tahun berada dalam bidang ini supaya setiap gadis mendapat ilmu yang ingin saya turunkan ini. “Saya berharap setiap gadis dapat memahami konsep sebenar buku ini dan menyayangi diri-sendiri terlebih dahulu. Apa pun kekurangan fizikal mereka, ia bukan faktor untuk mereka membina penampilan diri. Saya juga berharap mereka dapat memantapkan diri dan mencapai matlamat yang diinginkan. Bagi setiap pembelian buku ini, sejumlah RM1 akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim, Rumah Titian Kasih, Titiwangsa,” beritahu Aziah ketika majlis pelancaran buku itu di kedai buku MPH, Mid Valley.
Beliau yang turut memberi latihan menerusi kursus-kursus pembangunan diri berpendapat, pembentukan imej bukan sahaja penting bagi golongan atasan dan selebriti, malah penampilan dan sahsiah diri adalah sesuatu yang mustahak bagi semua golongan sama ada pelajar mahupun suri rumah.

Anusuya Krishnan





Tokoh: Anusuya Krishnan
Umur: 40
Syarikat: Augustel Sdn Bhd


Anusuya Krishnan adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AugustelSdn Bhd, sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia pada tahun 2007.Anusuya mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam pelbagai peringkatperniagaan dan pengurusan. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pengkhususan dalam Keusahawanan dari Sekolah Pengurusan GentVlerick Leuven, Belgium dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Komputer dari Universiti Sains Malaysia, Malaysia. Beliau telah mengasah pengalaman dalampembangunan penyelesaian dan perkhidmatan dalam pasaran yang kompetitifdengan bekerjasama dengan pelanggan seperti Maxis Communications, DiGi Telecommunications, ShellMalaysia Trading, Japan Tobacco International, HP Asia Pasifik, Bank Standard Chartered (M), dan POS Malaysia.

AUGUSTel terlibat dalam pembangunan penyelesaian yang menanganipertumbuhan rangkaian dan penumpuan yang berterusan dalam pasaran selular.Augustel menggunakan kepakarannya  dalam bentuk pemasaran digital melalui telefon mudah alih. Ia memberi tumpuan dalam mewujudkan penyelesaian yangtidak hanya inovatif tetapi berkesan. Strategi utamanya adalah senstiasa menyediakan mesej konsisten pada pertumbuhan ekonomi dunia yang luaspemasaran yang disasarkan bertujuan untuk kumpulan fokus pengguna. Padaperingkat peribadi, Anusuya berazam untuk membantu seberapa ramai orang yang mungkin dengan menggunakan kemahiran unik dalam pembiayaan danperancangan perniagaan yang disediakan syarikatnya.

Sumber:


Business Card









Blue Ocean Strategy


Business Idea Competition


Puan Rozita Ibrahim






WANITA ini mengakui pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Pepatah hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat sungguh terkesan di hati dan mencabar dirinya untuk bekerja lebih kuat bagi memperoleh pendapatan yang selesa.
Sebelum bergelar usahawan yang berjaya dengan empayar perniagaan sendiri, Rozita Ibrahim mengakui pelbagai peristiwa duka melingkari perjalanan hidupnya.
Ketabahan, kekuatan dan sentiasa yakin terhadap usaha sendiri dibalas dengan kejayaan yang mengangkat dirinya menjadi usahawan yang disegani. Baru-baru ini beliau dianugerahkan Usahawan Wanita 2005 oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Kepada wartawan RAHANA MD dan jurugambar MOHD. SHAHARANI SHAIBI, Rozita berkongsi sedikit pengalaman hidupnya di ibu pejabat Sendayu Tinggi yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
Boleh ceritakan sedikit apakah yang mendorong anda untuk berubah?

ROZITA: Kesusahan yang melingkari hidup sejak kecil. Dek kerana kemiskinan yang diwarisi daripada keluarga, saya hidup serba kekurangan. Saya dikahwinkan dalam usia belasan tahun dengan lelaki yang bukan daripada golongan senang menjadikan kepayahan yang terbeban berganda.
Di sisi suami, saya menoreh getah dan menjalankan perniagaan kedai runcit namun kami tetap susah.
Jodoh kami tidak lama, di mana akhirnya membawa saya ke kota dan membuat macam-macam kerja daripada kerja kilang, penyambut tetamu, eksekutif promosi dan pemasaran hinggalah ke perniagaan jualan langsung. Terasa lapang sedikit tetapi saya mahu lebih berjaya kerana enggan hidup melarat lagi.

Justeru, apakah yang anda lakukan seterusnya?

Selepas menjalani episod duka yang berterusan saya mengambil keputusan menghasilkan perniagaan sendiri. Alam semula jadi paling hampir dengan kehidupan saya sejak kecil dan saya akui pernah menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubat anak kedua yang sakit dan lumpuh semasa saya hidup susah.
Bermodalkan RM400 saya mulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Untuk meyakinkan pelanggan, saya gemukkan badan, kemudian makan dan amalkan produk yang dijual dan hasilnya memuaskan. Saya lakukan sebanyak tiga kali dan mula menjual dari rumah ke rumah. Sambutan yang diterima menggalakkan dan mendorong saya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran Klang.

Apakah anda berpuas hati dengan hasil yang dicapai ketika itu?

Syukur, seperti yang direncanakan, perniagaan saya berkembang maju dan sambutan terhadap produk Sendayu Tinggi amat menggalakkan terutama produk pelangsingan badan. Kebetulan ketika itu kebanyakan masyarakat kembali menggunakan produk warisan nenek moyang terutama herba yang sekali gus meningkatkan jualan.
Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan dan dugaan, saya mengambil keputusan meluaskan empayar. Kini Sendayu Tinggi Enterprise menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd..

Apakah yang mendorong anda untuk terus mencipta kejayaan?

Anak-anak menjadi iltizam untuk saya terus berjuang meningkatkan pencapaian pendapatan dan ekonomi. Saya pernah menjadi wanita yang hanya mengikut perintah melakukan pelbagai pekerjaan tetapi apabila saya bangun dan berjalan, saya tidak akan menoleh lagi. Saya berjanji kepada anak-anak untuk menjadi ibu yang baik kerana dahulu saya kurang limpahan kasih sayang. Namun, saya belajar daripada pengalaman. Kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan selama-lamanya.

Apakah yang anda kongsi dengan masyarakat?

Berkongsi ilmu kecantikan melalui konsep herba di samping menerapkan dalam diri mereka agar berusaha gigih dan tidak putus asa. Selain menawarkan produk yang berkualiti kepada pelanggan, saya turut menyalur sumbangan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Walaupun wang ringgit tidak mampu menandingi nilai kasih sayang tetapi saya dapat menggembirakan mereka. Saya sayangkan masyarakat dan ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama saya kini mahu membantu mereka terutama ibu tunggal yang susah atau sesiapa sahaja untuk menceburi bidang perniagaan dengan menjadi pengedar Sendayu Tinggi untuk meningkatkan pendapatan.

Apakah rahsia kejayaan yang anda raih?

Ada racun dan ubat dalam diri sesiapa sahaja dan terpulang kepada kita memilihnya. Saya berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan yang menjadi santapan rohani dalam urusan perniagaan dan kehidupan. Saya percaya hidup ini umpama roda yang ada kala di bawah dan kemudian berada di atas, lantas semasa di puncak saya minta kepada Tuhan agar tidak lupa diri.

Apakah pencapaian terkini anda?

Sendayu Tinggi telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional dan kilang ini telah memperoleh lesan Amalan Perkilangan Baik (GMP) yang terletak di Pulau Indah, Klang, Selangor. Jumlah pengedar kini lebih 2,000 orang di seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea.
Ke manakah hala tuju Sendayu Tinggi selepas ini?
Selepas berjaya memenuhi pasaran produk herba tradisional di pasaran Malaysia selama tujuh tahun, saya bercita-cita membentuk usahawan wanita daripada golongan yang kurang bernasib baik dari segi peribadi mahupun pencapaian karier. Kebanyakan jaringan Sendayu Tinggi berjaya dibimbing melalui roadshow yang berbentuk motivasi.

SENDAYU TINGGI HOLDINGS SDN. BHD.

Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd. mempunyai 9 buah anak syarikat iaitu Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd, Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd, ST Advertising Agency Sdn. Bhd, C Max Exhibition & Promotion, Sendayu Tinggi Logistics (M) Sdn Bhd, Ethnique Food Industries Sdn Bhd, ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd. Sendayu Tinggi juga telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional iaitu Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd.


SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN. BHD.
Telah beroperasi pada awal tahun 1999. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja mempunyai kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.


SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN. BHD.
Mula beroperasi pada pertengahan tahun 1999 dan mengekalkan konsep yang sama iaitu produk berasaskan herba. Syarikat ini ditubuhkan kerana perkembangan yang memberangsangkan pada produk keluaran yang lalu dan permintaan yang tinggi ke atas produk kosmetik ini. Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd masih boleh memonopoli pasaran kosmetik kerana kepercayaan pengguna terhadap kualiti dan keberkesanan produk Sendayu Tinggi.


ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN. BHD.
Hasil revolusi daripada Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn Bhd, Sendayu Tinggi menubuhkan sebuah lagi anak syarikat yang menumpukan kepada bidang tatarias wanita iaitu ST Cosmetics & Fragrances (M) Sdn Bhd mula bernaung di bawah Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd sejak September 2003 yang lepas.


ST ADVERTISING AGENCY SDN. BHD.
ST ADVERTISING AGENCY SDN. BHD. beroperasi pada pertengahan tahun 2003. Ia dilihat sebagai sebuah perniagaan yang mempunyai potensi di dalam membantu mempromosikan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Syarikat ini ditubuhkan adalah untuk membantu memperkenalkan produk keluaran Sendayu Tinggi di seluruh Malaysia malahan turut memperluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.


C MAX EXHIBITION & PROMOTION
C Max Exhibition & Promotion ialah satu anak syarikat yang bernaung di bawah Syarikat Sendayu Tinggi Holdings Sdn Bhd. Ia memberi tumpuan kepada program-program yang berbentuk penglibatan produk seperti pameran, roadshow, promosi atau rancangan television.


ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN. BHD.
Ethnique Food Industries Sdn Bhd menghasilkan produk makanan tradisional tempatan dari suku kaum tertentu yang berbentuk segera dan telah dipekkan. Antara produk makanan yang telah dijual seperti ikan pekasam, telur asin, bahulu, kuih bangkit dan serunding. Produk ini telah dipasarkan di pasaran tempatan dan juga di peringkat antarabangsa.

SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Properties & Management Sdn Bhd ditubuhkan pada 30hb Jun 2003. Ia menguruskan perkara berkaitan dengan segala aset syarikat seperti bangunan, rumah kedai dan lain-lain lagi.


SENDAYU TINGGI LOGISTIC (M) SDN. BHD
Sendayu Tinggi Logistic (M) Sdn. Bhd. juga merupakan salah satu anak syarikat Sendayu Tinggi Holdings (M) Sdn. Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2003. Tujuan penubuhan anak syarikat ini ialah untuk memudahkan proses pengangkutan barang-barang Sendayu Tinggi dan penghantaran produk serta bahan mentah ke tempat-tempat yang diperlukan.


SENDAYU TINGGI  MANUFACTURING (M) SDN. BHD.
Sendayu Tinggi Manufacturing (M) Sdn. Bhd. juga dikenali sebagai Zeeta Herb’s Manufacturing (M) Sdn. Bhd. Ia merupakan pengilang produk herba milik Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. Kilang pemprosesan herba ini telah memperolehi lesen pengilang bertaraf GMP daripada Bahagian Amalan Perkilangan Baik (APB) daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia (BPFK).