Friday, May 24, 2013

DATIN SHARIFAH ANISAH TAN SRI DATO’ SYED AGIL BARAKBAH






Nama Datin Sharifah Anisah sangat sinonim dengan Nona Roguy. Ia jenama produk kesihatan terkenal berasaskan herb dan berkonsep tradisional. Beliau adalah pengasas dan Pengerusi Kumpulan Syarikat Nona Roguy bermaksud “bebas daripada penyakit” dalam bahasa Sanskrit. Keluarga Datin Anisah yang berasal dari Kedah mewarisi kaedah menjaga kesihatan tradisional yang diamalkan secara turun- temurun sejak zaman moyang beliau, Sharifah Alawiyah Barakbah.
                Anak kepada bekas hakim ini pada awalnya adalah pelukis. Datin Anisah berkelulusan inazah sarjana muda dari Royal Academy of Fine Arts di Murich, Jerman. Kerana minatnya yag tinggi dalam perubatan herba, beliau berusaha mendalami bidang itu. Penglibatan Datin Anisah bermula pada pertengahan tahun 1960-an di atas permintaan teman-teman yang meerlukan bantuannya. Perawatan tradisional yang beliau amalkan terbukti dapat mengubati sebahagian daripada penyakit yang tidak dapat dirawat dengan cara perubatan moden.
                Selain mengeluarkan pelbagai produk kesihatan, Nona Roguy juga menyediakan khidmat merawat pengantin, menjaga diri selepas bersalin, rawatan pelbagai masalah sakit puan seperti  ketumbuhan fibroid, ketidakseimbangan hormone, sakit meroyan dan banyak lagi. Pada tahun 1983, Datin Anisah membuka pusat rawatan di Ampang dengan jenama Sari Rapi. Di pusat itu beliau menawarkan rwatan medic spa (spa perubatan) dan wellness spa (spa kesihatan). Rawatan yang disediakan disokong dengan khidmat perunding kesihatan yang terlatih. Datin Anisah juga memperkenalkan jamu Melayu kepada para pelanggannya yang terdiri daripada berbilang kaum. Pada tahun 1990 Datin Anisah berpindah ke Damansara dan membuka pusat rawatan yang lebih besar. Pada tahun 1995 pula, gedung herba Nona Roguy dibuka di Bangsa Baru.
                Kumpulan Syarikat Nona Roguy yang ditubuhkan pada tahun 1993 menjalankan aktiviti pemasaran dan rawatan. Pengeluaran produk pula dijalankan di kilang mereka, Mustajab Industries, di Kawasan Perindustrian Mergong, Alor Setar, Kedah. Kakak Datin Anisah, Puan Hajjah Sharifah Rogayah Barakbah adalah Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan yang bertanggungjawab menetukan kualiti pengeluaran produk di kilang itu.
                Pusat rawatan Nona Roguy di pilih sebagai model spa Melayu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kerap kali dilawati pegawai-pegawai kesihatan dari pelbagai organisasi termasuk WHO. Adalah dibanggakan juga, Datin Anisah Berjaya menonjolkan kegemilangan spa Melayu di peringkat antarabangsa. Selain menyediakan spa tradisional Melayu di hotel bertaraf lima bintang di Malaysia seperti The Pangkor Island Resorts, The Tanjong Jara Resorts, dan The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur, beliau juga diundang mengadakan promosi seni spa Melayu di The Horrods, London sebanyak dua kali pada tahun 2005 dan 2006.
                Datin Anisah bermin at dalam merungkai rahsia perubatan Melayu dalam konteks sains dan teknologi. Beliau banyak membaca dan mengkaji bagi mendapatkan maklumat dan perbandingan antara perubatan tradisional dan perubatan moden. Atas usaha itu, beliau sering disebut sebagai jambatan terakhir bagi menghubungi falsafah dan prinsip perubatan tradisional dengan dunia perubatan moden.
                Dengan pengetahuan beliau yang mendalam dalam perubatan herba, Datin Anisah selalu diundang member syarahan di university dan hospital. Beliau juga dilantik sebagai pakar rujuk bagi bidang peubatan herba dan rawatan tradisional di dalam dan luar Negara, selain menjadi anggota panel kepada beberapa kementerian termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia bagi menyediakan dan mebangunkan standard dan kurikulum yang sesuai bagi pembelajaran bidang perubatan tradisional dan komplementari.
                Produk keluaran Nona Roguy dipasarkan kepada para pelanggan menerusi system jualan langsung. Kini terdapat lebih 150 stokis Nona Roguy di seluruh Negara. Selain pasaran tempatan, produk Nona Roguy juga dieksport ke luar Negara. Jenama Nona Roguy juga mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diberi anugerah SUPERBRANDS pada tahun 2005 dan anugerah Commercial Prestige dari Rome, Italy daripada segi kecemerlangan perkilangan.
                Datin Anisah membuat sumbagan yang besar kepada dunia perubatan herba dan melonjakkan imej industri itu di peringkat antarabangsa. Beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden, Persatuan Industri Sederhana dan Kecil, Malaysia dan juga Naib Presiden, Persekutuan Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (PUTRAMAS).
                Datin Anisah juga berjaya memperkenalkan kembali istilah dan konsep asli yang mencerminkan keindahan dan kegemilangan seni perubatan dan rawatan Melayu. Ini termasuk mengemukakan kembali nama bahagian anatomi Melayu yang asal yang sekian lama diabai dan dilupai oleh masyarakat Melayu moden, seperti nama sebenar jamu dalam masyarakat Melayu zaman dahulu iaitu ramu dan bukannya jamu (pinjaman daripada Indonesia).
                Dalam usaha menbudayakan aktiviti penulisan berkenaan seni perubatan tradisional Melayu, Datin Anisah mula membukukan pengalaman dan pengetahuan beliau. Terbaru Datin Anisah menghasilkan sebuah buku bertajuk Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Buku itu menghimpunkan segala petua dan amalan perubatan Melayu untuk panduan generasi baru. Impian Datin Anisah adalah ingin melihat ilu perubatan Melayu diamalkan sepanjang zaman oleh masyarakat di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.
                Dengan visi menjadikan perubatan Melayu sebagai satu system perubatan dan rawatan yang diiktiraf di seluruh dunia, Datin Anisah berharap Nona Roguy dapat menjadi antara jenama berpengaruh dalam industri herba dunia menjelang 2010.

0 comments:

Post a Comment