Tokoh: Aziah Jasmin Azizul Hassan
Umur: 36
Syarikat: Star Studio Image
Consultancy
Kerjayanya bermula apabila
Aziah menjadi pengacara dan pembaca berita dengan stesen televisyen terkemuka,
TV3, selama tujuh tahun. Dalam jangka masa itu, Aziah berjaya
menimba ilmu sebanyak mungkin dalam bidang vokal dan komunikasi melalui
pelbagai latihan yang diikutinya.
Aziah memperoleh Sijil
Kelulusan daripada ‘Studio 7 Grooming & Modeling School’ di Ipoh, Perak
sebaik sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia (SPM) pada
1989.Bagi Aziah, kursus penampilan diri dan etika yang diikutinya itu berjaya
membentuk personalitinya menjadi lebih positif dan berkeyakinan. Sejurus selepas itu, Aziah menyambung
pengajiannya di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dan mendapat
kelulusan Diploma Sains. Minat dalam bidang pembentukan imej
dan penampilan diri disambung lagi apabila Aziah mengikuti kursus kecantikan
dan dandanan rambut dengan memperoleh kelulusan Diploma daripada ‘International
Federation of Aestheticians (IFA) dan ‘World Masters Beautician’ pada 2003, dan
seterusnya mendapat Diploma Dandanan Rambut daripada ‘A Cut Above Hairstyling
Academy’ pada 2005.
Sejak menubuhkan syarikat
rundingan imej sendiri, Star Studio pada Disember 2002, Aziah mula menawarkan
perkhidmatannya sebagai jurulatih dan penceramah melalui kursus imej,
komunikasi, etika, pembangunan diri dan sebagainya, mengikut permintaan
pelanggan yang kebanyakannya daripada agensi kerajaan, institusi pngajian
tinggi serta syarikat tempatan dan antarabangsa.Aziah turut bergiat
mengembangkan bidang profesion perunding imej di negara ini melalui perkongsian
ilmu penampilan bersama perunding imej dari seluruh dunia menerusi ‘Association
of Image Consulting International (AICI)’. Aziah juga sering menyumbangkan
rencana berkenaan imej dan kecantikan kepada beberapa majalah wanita tempatan,
terutama majalah Jelita.
Memandangkan pendidikan dan
perkongsian ilmu begitu dekat di hatinya, Aziah amat berharap buku ‘The Pink
Book’ tulisannya akan memberi inspirasi kepada gadis dan wanita di seluruh
dunia, bukan sahaja untuk membentuk imej dan keyakinan diri, malah lebih
penting, semangat diri untuk berjaya sebagai seorang wanita dalam kehidupan
ini. Buku ‘The Pink Book’ diterbitkan
dalam bentuk dwibahasa dan dijual pada harga RM45 senaskhah. Ia telah berada di
pasaran sejak 28 Februari lalu dan telah
“Alhamdulillah, akhirnya buku
ini dilancarkan juga dipasaran. Buku ini menyentuh tentang penampilan asas
tentang kecantikan fizikal. “Saya menerbitkan buku ini untuk
berkongsi ilmu sejak 17 tahun berada dalam bidang ini supaya setiap gadis
mendapat ilmu yang ingin saya turunkan ini. “Saya berharap setiap gadis dapat
memahami konsep sebenar buku ini dan menyayangi diri-sendiri terlebih dahulu. Apa pun kekurangan fizikal mereka, ia
bukan faktor untuk mereka membina penampilan diri. Saya juga berharap mereka dapat
memantapkan diri dan mencapai matlamat yang diinginkan. Bagi setiap
pembelian buku ini, sejumlah RM1 akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim,
Rumah Titian Kasih, Titiwangsa,” beritahu Aziah ketika majlis pelancaran buku
itu di kedai buku MPH, Mid Valley.
Beliau yang turut memberi latihan menerusi
kursus-kursus pembangunan diri berpendapat, pembentukan imej bukan sahaja
penting bagi golongan atasan dan selebriti, malah penampilan dan sahsiah diri
adalah sesuatu yang mustahak bagi semua golongan sama ada pelajar mahupun suri
rumah.
0 comments:
Post a Comment