Monday, May 6, 2013

Bio Smock Filter






Bio Smock Filter adalah alat yang digunakan untuk menapis asap yang dikeluarkan oleh kilang-kilang industri atau aktiviti-aktiviti yang mengeluarkan asap. Sistem penapisan alat ini adalah menggunakan prinsip tindak balas kimia di antara wap asap dan wap air. Wap asap yang dilepaskan akan diperangkap oleh kabus air dan dibantu oleh beberapa sistem tapisan lain seperti penapis karbon atau arang bagi menghilangkan bau asap.

Alat ini yang dihasilkan juga oleh kumpulan pelajar-pelajar sekolah menengah mampu mengatasi masalah pencemaran asap hasil yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti perindustrian serta pusat pelupusan sampah yang mengamalkan pembakaran terbuka. Penapisan ini bukan sahaja dapat menapis gas-gas merbahaya malah ia dapat menapis partikel-partikel halus yang terdiri daripada habuk-habuk yang mengotorkan persekitaran. Oleh itu, produk ini berpotensi untuk dipasarkan ke sektor perindustrian, agensi pelupusan sampah atau mana-mana tempat yang mengeluarkan asap yang banyak.

3 comments:

  1. assalammualaikum... kalau tak keberatan boleh saya tahu macam mana buat bio smock filter ni?

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum... kalau tak keberatan boleh saya tahu macam mana buat bio smock filter ni?

    ReplyDelete