Graduate
|
||
Age
|
25
|
|
Source of wealth
|
Perfect Fresh and Frozen
|
|
Marital Status
|
Tidak
ada yang lebih istimewa bagi seorang siswazah apabila berpeluang menimba
pengalaman sebagai pengurus operasi perniagaan peruncitan dan pemborong
sedangkan baru sahaja menggenggam segulung ijazah. Lebih istimewa, kerjaya
barunya menuntut lebih usaha untuk mendapatkan pengetahuan kerana ia berkaitan
pemasaran produk berasaskan ternakan, sedangkan ijazah yang dimiliki
dalam bidang kejuruteraan elektrik. Harfirdaus Che Lah yang memegang jawatan
Eksekutif Operasi, Perfect Fresh and Frozen nyata enggan menambah bebanan
fikirannya bahawa bidang yang agak asing baginya boleh menjadi batu penghalang
mencapai kejayaan. Malah dia yang pernah bertugas sebagai pelatih pengurus di
sebuah syarikat makanan segera akan memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk
memajukan syarikat berkenaan yang baru membuka outlet di Jalan Impian Murni,
Saujana Impian, Kajang, Selangor.
Syarikat
yang diuruskan oleh KMJ Supplies Sdn. Bhd itu beroperasi sebagai pemborong dan
peruncit bekalan daging lembu, kambing Boer, rusa, unta, burung unta, arnab dan
ayam kampung. Selain itu, syarikat terbabit juga memasarkan ayam turki, burung
puyuh, itik dan susu kambing. Syarikat terbabit menawarkan sistem francais
kepada mana-mana pengusaha yang berminat memasarkan produk-produk berkenaan,
dengan tujuan membantu pengusaha ladang di peringkat pengeluaran untuk
memasarkan hasil mereka. “Ada masa ini, kami memperoleh bekalan dari merata
tempat di seluruh negara dan ini sekali gus dapat pengusaha memasarkan hasil
ladang mereka,” kata Harfirdaus. Sebagai contoh, bekalan ayam kampong diperoleh
dari projek penternakan membabitkan ibu tunggal di Kuala Selangor, burung puyuh
(Pulau Pinang), itik (Tampin), arnab (Broga) dan burung unta dari Beranang,
Selangor. Pengusaha menghantar bekalan daging mereka selepas diproses manakala
syarikat terbabit membungkusnya dengan potongan dengan saiz tertentu memudahkan
suri rumah menyediakannya untuk dimasak. Apa yang pasti, konsep pemasaran
bekalan produk berasaskan daging itu memperkenalkan konsep baru dalam pemasaran
daging yang bukal sahaja, segar tetapi halal dan bersih. Menurut Harfirdaus,
meskipun baru dibuka pada 24 November lepas, pengunjung sudah mula memenuhi
outlet tersebut sejak awal pagi khususnya pada hari cuti. Ini kerana konsep
yang mudah untuk membuat pilihan dan jenis daging ternakan yang pelbagai,
mendorong mereka mendapatkan produk yang diperlukan. Meskipun tidak semua
daging yang dijual hasil daripada ladang ternakan tempatan, syarikat terbabit
menjanjikan produk yang segar dan berkualiti. Malah, selain pasaran runcit,
pengguna juga boleh membuat tempahan untuk mendapatkan daging yang dikehendaki
dan akan dihantar ke destinasi yang diminta Menurut Harfirdaus, pihaknya juga
menyasarkan kepada syarikat penyajian makanan (catering) kerana ia menawarkan
satu pasaran besar bagi bekalan daging mentah. Selain itu, syarikat terbabit
juga membekalkan susu kambing segar berjenama Vcals ke beberapa buah hospital
selain dijual secara runcit.
0 comments:
Post a Comment