Monday, May 6, 2013

Aireen Omar


CEO Airasia Malaysia yang bagi menganti Tony Fernandes yang berhijrah ke Indonesia untuk mengetuai hub serantau.Perlantikan beliau mengejutkan banyak pihak kerana beliau adalah wanita pertama di Malaysia dilantik mengetuai syarikat pernerbangan. Aireen mempunyai perwatakan yang menarik dan latar belakang pendidikan yang cermelang. Di bawah adalah resume beliau

· Usia: 38 tahun
· Jawatan: Ketua Eksekutif AirAsia Malaysia
· Jawatan Terdahulu: Ketua Serantau Kewangan Korporat dan Perbendaharaan AirAsia, pernah berkhidmat selama sembilan tahun dalam industri kewangan antaranya di Deutsche Bank Securities Inc, New York dan Kumpulan Maybank
· Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari London School of Economics and Political Science serta Sarjana Ekonomi dari New York University.
· Pencapaian di AirAsia: Bertanggungjawab mendapatkan pembiayaan pengembangan angkatan pesawat bagi kumpulan melaksanakan strategi pertumbuhan, membantu kumpulan menubuhkan pelbagai usaha sama, mengetuai struktur pembiayaan inovatif termasuk Islamic French Single Investor Ijarah yang meraih pengiktirafan global, mengendalikan rundingan bersama Airbus bagi membeli 200 pesawat Airbus A320neo yang diumumkan pada Pameran Penerbangan Paris 2011.

Beliau adalah adik kepada Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar.

0 comments:

Post a Comment