Monday, May 6, 2013

Automatic Chicken Coop


Dicipta oleh pereka muda Ahmad Faiz Solahudin. Automatic Chicken Coop ini merupakan sebuah reban ayam yang menggunakan kawalan secara automatik berdasarkan gabungan mekanikal dan elektrikal. Ianya membolehkan proses membuang dan mengumpul najis secara automatik mengikut tempoh yang ditetapkan di dalam sesuatu masa, memberi makanan dan minuman mengikut masa yang telah ditetapkan secara automatik dan menyalakan lampu untuk pencahayaan pada waktu malam.

Sasaran utama pengguna sistem ini adalah mereka yang terlibat dengan penternakan dan belaan di rumah atau di klinik haiwan. Ini kerana skop aplikasi kawalan reban ini boleh diubahsuai untuk kegunaan kecil (untuk menempatkan peliharaan) dan untuk kegunaan besar (untuk menempatkan ternakan).

Sebenarnya ada banyak lagi idea-idea kreatif dan berinovasi yang di hasilkan oleh anak-anak muda seluruh Malaysia,  namun yang aku paparkan hanyalah sebahagian contoh idea daripada sebilangan mereka sahaja. Idea dan inovasi diterjemahkan kepada penghasilan produk unik yang kemudiannya di tempah untuk kegunaan pelbagai pihak terutamanya pengguna. Sebuah pemikiran kreatif dan berinovasi hanya akan berjaya jika ada sokongan dan penghargaan daripada pelbagai pihak terutamanya pelabur-pelabur dan masyarakat sendiri.

0 comments:

Post a Comment