Friday, May 24, 2013

No 21 - Kamaruddin Meranun






Minat, usaha berterusan dan semangat berkumpulan adalah di antara sifat-sifat nyata pada diri Datuk Kamarudin Meranun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia.Beliau lebih dikenali sebagai pengasas bersama Datuk Seri Anthony Fernandes bagi kumpulan konglomerat Tune Group Sdn Bhd, di antaranya merupakan pemilik bagi jenama syarikat penerbangan AirAsia, Tune Hotels, AirAsia X dan pasukan pelumba Formula One, Lotus Racing.Beliau berpendapat bahawa kunci kepada kejayaan perkongsian perniagaan di antara dirinya dan Fernandes banyak bergantung kepada sifat dan sikap diri mereka yang melengkapi satu sama lain.Berbekalkan latarbelakang pendidikan dalam bidang Sains Aktuari dan Pelaburan Kewangan, Kamarudin amat menggemari kerjaya dibelakang tabir yang berkaitan pengurusan kewangan dan dana.Sememangnya konsep penjenamaan AirAsia dilihat antara resipi kejayaan syarikat tersebut, dan diambil serius oleh setiap ahli AirAsia.Kamarudin sendiri begitu santai mengenakan kemeja merah berpetak dan bertopi jenama AirAsia serta berseluar jeans sewaktu ditemui di majlis menghargai penumpang ke -100 juta di sebuah kelab di Bandar Damansara Perdana. Di sebalik pengiktirafan beliau sebagai orang ke 21 terkaya di Malaysia, tidak ramai yang menyedari sifat merendah diri beliau, serta prinsip hidupnya yang mementingkan kekayaan spiritual. Beliau juga adalah seorang yang mudah mesra dengan semua lapisan masyarakat, sentiasa ceria, serta berfikiran terbuka apabila sesebuah topik perbualan diketengahkan untuk Inspirasi bagi Kamarudin datang dari pelbagai sudut dalam kehidupan beliau. Sebagai seorang yang gemar membaca, beliau belajar dari pemikir-pemikir strategik melalui buku-buku autobiografi mereka.Beliau mendapat inspirasi juga dari setiap individu yang bersikap ikhlas, amanah dan kuat berusaha. Bercerita lanjut, anak kelahiran Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru ini pernah bersekolah rendah di Gurney Road sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara Kuantan.Beliau mengakui sikap suka untuk mempelajari perkara-perkara baru telah sebati dengan dirinya sejak kecil.Kamarudin percaya setiap detik yang digunakan untuk ‘bermain’ semasa membesar adalah amat penting bagi setiap insan, kerana bukan sahaja ia membentuk sahsiah seseorang melalui pendedahan dan pembelajaran yang didapati dari sesuatu pengalaman tersebut, bahkan kerana masa tidak akan berulang, ia akan menjadi memori yang amat dihargai apabila seseorang itu semakin dewasa.Hobi bagi Kamarudin adalah minat yang dibuat secara serius dan memberi impak yang mendalam dalam hidupnya. Salah satu hobi beliau yang telah membawa kepada perniagaan ialah muzik.Sebelum beliau menumpukan perhatiannya kepada Tune Group, beliau pernah menjadi rakan kongsi dalam Roslan Aziz Productions.Secara terbuka beliau mengakui sangat berminat dengan kegiatan sukan seperti bermain bolasepak, hoki, tenis, renang dan sebagainya.Malah sewaktu beliau bakal melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada tahun 1984, beliau telah membawa bersama pelbagai alatan sukan seperti raket badminton, pingpong, kayu hoki dan kasut sukannya sehinggakan arwah ibunya ketika itu bertanya adakah beliau mahu pergi belajar atau ke Olimpik.Namun kerana ketiadaan masa lapang yang mencukupi, kini beliau hanya sempat menghadiri beberapa pertandingan sukan yang diadakan oleh rakan-rakannya.Di samping hobi lasak, beliau turut meminati permainan Indoor seperti catur dan pelbagai board game. Nyata hobi ini paling mempengaruhi beliau dari segi kerjayanya dalam bidang pengurusan kewangan dan mendirikan perniagaan.

0 comments:

Post a Comment