Monday, May 6, 2013

Automatic Circuit Breaker (ACB) For Low Voltage Substitution Distribution System

 
Pereka muda yang berumur 30 tahun bernama Mohd Rhedwansyah Bin Salinri menghasilkan Automatic Circuit Breaker (ACB) yang berpotensi memperbaiki pengagihan voltan rendah melalui kaedah penukaran fius penyalur dalam sub-stesen pengagih voltan rendah. la mempunyai keupayaan untuk mengesan arus elektrik yang melebihi takat yang ditetapkan dan secara automatik akan memutuskan talian elektrik tersebut. Setelah beberapa minit, sambungan fius akan disambung semula secara automatik. Sekiranya tiada masalah timbul, arus elektrik akan mengalir secara biasa. Akan tetapi jikalau masalah lebihan arus elektrik masih kekal sambungan akan diputuskan semula oleh ACB.
 

Penggunaan ACB ini merupakan ciri keselamatan yang mampu mengelakkan kejadian Iitar pintas dan memastikan barangan elektrik kita tidak  rosak akibat daripada penyaluran voltan yang terlampau tinggi.

0 comments:

Post a Comment