Friday, May 24, 2013

Funding - Tekun

MARA

MARA  ditubuhkan pada tahun 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1966. MARA adalah singkatan kepada Majlis Amanah Rakyat, sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Misi utama MARA adalah untuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera. MARA memainkan peranan penting dalam perniagaan kaum Bumiputera sesuai dengan objektif agensi ini iaitu untuk membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikan ekuiti dan, memudahkan sistem penyampaian. Dengan ini kita dapat melihat sejauh mana MARA menyokong perniagaan terutamanya bagi kaum Bumiputera.

Cara untuk mendapat pembiayaan dan pinjaman dengan MARA adalah dengan menghubungi bahagian Pembagunan Usahawan MARA. Dua skim utama untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dengan MARA adalah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) dan Skim Pembiyaaan Peningkatan Perniagaan (SPPP). Pinjaman dengan MARA adalah serendah RM 5000.00 sehingga RM 250,000.00. Syarat utama untuk memohon adalah kaum Bumiputera atau berketurunan Melayu berumur 18 tahun ke atas. Pemohon mesti mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Selain itu, pemohon mesti menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Syarat yang seterusnya, pemohon hendaklah memberikan sumbangan modal pemohon 10% daripada kos projek. Tambahan lagi, pemohon harus mempunyai lesen atau surat kebenaran daripada pihak berkuasa dan mengemukan cagaran atau jaminan yang mencukupi. Pemohon dikehendaki mengikuti Kursus Keusahawanan jika pengalaman dalam bidang perniagaan kurang daripada enam bulan dan menjalani ujian Psikometri yang telah ditetapkan pihak MARA. Borang pemohonan boleh didapati di pejabat Daerah MARA yang berhampiran.

Kesimpulannya, jika ingin memulakan sesebuah perniagaan, kita mesti merujuk kepada agensi yang sah dan dipercayai untuk mendapatkan pembiayaan. Kemudian, permohonan itu akan diteliti terlebih dahulu untuk memastikan pengaliran wang pembiayaan yang betul dilaksanakan oleh pemohon. Setelah menerima pembiayaan, pembayaran balik mesti dibuat mengikut tempoh yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Maka, kedua-dua pihak akan beroleh keuntungan dan manfaat.

0 comments:

Post a Comment